Image

Perutusan Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua dapat kami mengadakan Laman Web Pejabat  Daerah Dan Tanah ini.
Arus perkembangan pesat dunia ICT dalam dunia tanpa sempadan ini telah menyaksikan perubahan drastik teknologi komunikasi yang membolehkan masyarakat mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki secara cepat. Maklumat dan data yang ada dalam laman web ini sedikit sebanyak akan mengalih minat orang ramai dalam memperolehi dan mendapatkan maklumat secara terus serta mengetahui tugas dan peranan yang dimainkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus dalam memberikan perkhidmatan dan kesejahteraan kepada masyarakat khususnya penduduk-penduduk pinggir Bandar.
Maklumat-maklumat pembangunan tanah dan daerah yang diperolehi secara langsung melalui laman web ini beransur-ansur menggantikan kaedah pencapaian maklumat secara konvensional yang dipaparkan di papan-papan kenyataan di Bilik Gerakan di Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah di negeri ini. Kami juga bersedia menerima apa jua teguran yang membina bagi membantu pentadbiran ini memenuhi kepuasan pengunjung-pengunjungnya.
Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala usaha  semua pihak yang terlibat dalam pembinaan Laman Web ini.
Sekian Terima Kasih.
 
YBRS. ENCIK AHMAD AZIZI BIN ZULKIFLI
PEGAWAI DAERAH /PENTADBIR TANAH KUALA NERUS
 

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 24

Week 462

Month 1082

All 60561

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus