Kuala Nerus merupakan daerah baru yang terletak di Terengganu. Sebelum ini, Kuala Nerus berada di bawah Pentadbiran Daerah Kuala Terengganu dan merupakan daerah yang ke lapan di Negeri Terengganu. Daerah ini telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 18 September 2014. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 39,890 hektar (98,570 ekar) dengan anggaran jumlah penduduk seramai 200,000 orang.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus telah beroperasi pada 1 Januari 2015 dan telah ditempatkan sementara di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Pentadbiran ini diterajui oleh Tuan Haji Azmi bin Razik yang merupakan Pegawai Daerah/ Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus yang pertama.

Majlis Peletakan Batu Asas Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus di Kampung Baroh Tok Jiring, Kuala Nerus telah disempurnakan pada 09 Mei 2015 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus telah diisytiharkan sebagai Bandar Al-Wathiqu Billah oleh Sultan Terengganu sempena Ulang Tahun ke 53 Keputeraan Sultan Terengganu.

Pembangunan Bandar Al-Watiqu Billah yang menjadi pusat pentadbiran dan komersil Daerah Kuala Nerus seluas 187 hektar akan bermula pada tahun ini dengan kos RM600 juta dan akan siap dalam tempoh lima tahun. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus beroperasi di pejabat sementara yang beralamat di Lot 54998-55003, Jalan Tengku Mohamad, 21200 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman

Pada 22 Februari 2022, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus telah berpindah ke Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman



PELAN SUSUN ATUR PUSAT PENTADBIRAN DAERAH KUALA NERUS

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 58

Week 309

Month 2185

All 51258

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus