** Penafian / ‘Desclaimer’

PERUNTUKAN TAMBAHAN MENGENAI BORANG-BORANG JADUAL KESEPULUH (Seksyen 436 Kanun Tanah Negara Akta 56 Tahun 1965)

Orang ramai adalah diingatkan agar mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi borang-borang yang ingin dicetak sendiri seperti berikut :-

1. Borang-borang hendaklah dicetak atau ditaip di atas kertas putih biasa yang kuat dan tahan dan cukup licin untuk menghalang kabur dakwat, hendaklah berukur lebar empat ratus dua puluh millimeter dan Panjang dua ratus Sembilan puluh millimeter.

2. Suatu borang boleh dicetak atau ditaip lebih dari sekeping jika panjangnya mengkehendaki sedemikian.

3. Cetakan atau tulisan bertaip di atas satu borang (termasuk tulisan bertaip di atas Salinan karbon) hendaklah berwarna hitam.

4. Tulisan manuskirp di ats suatu borang (termasuk suatu tandatangan) hendaklah dibuat dengan dakwat atau biru-hitam.

5. Catatan-catatan yang salah hendaklah dibatalkan dengan sempurna supaa tidak menyebabkan tidak boleh dibaca dan ditandatangani kecil oleh pegawai penyaksi. Tiada pembetulan, pemotongan atau pembatalan sesuatu catatan dalam Borang boleh dibuat dengan memadam apa-apa perkataan atau angka ataupun menyebabkannya tidak boleh dibaca.

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 36

Week 474

Month 1094

All 60573

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus