Fungsi Dan Dasar Kualiti

 

FUNGSI PEJABAT DAERAH KUALA NERUS

Peranan utama Pejabat Daerah Kuala Nerus Secara dasarnya PDKN ditubuh dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang dipayungnya. Rakyat yang merupakan satu entiti pelanggan yang penting berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PDKN melalui perancangan ,pelaksanaan , pentadbiran dan pengalaman aktiviti-aktiviti yang telah digariskan, sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran.

 ANTARA FUNGSI LAIN PDKN ADALAH:-

  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan peringkat daerah.
  • Merancang program pembangunan ekonomi, sosial dan spiritual
  • Menyelaras dan melaksana aktiviti keselamatan, perpaduan dan kerohanian
  • Memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran daerah

FUNGSI PEJABAT TANAH KUALA NERUS

Peranan utama Pejabat Tanah Kuala Nerus adalah menerima dan memproses permohonan berkaitan tanah daripada orang awam, agensi kerajaan dan swasta. Seterusnya akan memaklumkan keputusan terhadap permohonan tersebut kepada pemohon. Pejabat Tanah Kuala Nerus juga menjalankan fungsi pendaftaran
hakmilik dan urusan tanah.

TUGAS-TUGAS :-
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Melahirkan satu sistem pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab yang berterusan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berhemah mengikut prosedur dan peraturan.

Bahagian Penguatkuasaan Dan Teknikal

Mengurus,memantau dan memastikan seksyen-seksyen dibawah Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi.

Bahagian Pelupusan Tanah

Menguruskan pelupusan tanah samada dalam kawasan mukim, pekan atau bandar melalui pemberimilikan tanah secara terancang atau tidak terancang berdasarkan peruntukan seksyen 76 dan seksyen 65 Kanun Tanah Negara, Perizaban di bawah seksyen 62 dan pemberimilikan di bawah Akta GSA 1960.

Bahagian Pendaftaran

Mengurus Pendaftaran Hakmilik, Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.

Bahagian Pembangunan Tanah

Mengurus prosedur memproses semua urusan pembangunan tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Teknologi Maklumat

Menguruskan kemudahan teknologi maklumat dari segi peralatan, perisian, sistem dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kakitangan dan juga menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pengguna akhir (end-user) yang terdiri dari pegawai dan kakitangan dari segi penggunaan perisian dan komputer serta penyelenggaraan peralatan dan rangkaian.

Bahagian Hasil

Mengurus dan menyelaras pungutan hasil tanah secara cekap, teratur dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Perundangan

Mengurus dan menyelaras kaedah-kaedah perundangan tanah secara cekap
dan berkesan.

DASAR KUALITI DAERAH DAN TANAH KUALA NERUS

Pihak pengurusan adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam Pembangunan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pihak pengurusan juga akan mempastikan bahawa sistem pengurusan kualiti pentadbiran tanah akan diterangkan untuk fahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak semula kesesuaiannya. Selain itu,pihak pengurusan akan menyediakan rangka kerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti organisasi.

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 36

Week 474

Month 1094

All 60573

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus