Berita

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗕𝗨𝗟𝗨𝗛, 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦 | 𝟭𝟱 𝗙𝗘𝗕𝗥𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦 - Majlis Penyerahan Surau Buluh, Kuala Nerus oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) kepada Pejabat Daerah Kuala Nerus telah diadakan di Dataran Tembesu, Kuala Nerus.
 
Penyerahan Surau Buluh tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Zamri bin Mat Amin (Ketua Pengarah MTIB) kepada Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli (Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus).
Turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar (Timbalan Mufti Negeri Terengganu), Ustaz Syed Nazmi bin Tuan Taufek (Ketua Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pengurusan Masjid, JHEAT) dan juga En. Abdul Rafa bin Tan (Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB) serta Pegawai kanan dari Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus.
 
Pembinaan Surau Buluh ini menggunakan bahan asas buluh sebagai komponen utama pembinaan struktur surau ini. Manakala, spesies buluh digunakan dalam menyiapkan surau ini iaitu spesis Betong, Semantan, Madu dan Brang (spesis tempatan yang terdapat di Terengganu) serta beberapa spesis buluh lain dalam kategori landskap. Dengan adanya surau ini kita dapat memartabatkan buluh sebagai bahan bukan kayu untuk digunakan di lapangan.
 
Terima kasih dan sekalung tahniah kepada pihak MTIB dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan surau buluh ini.
 
 
 
 
 
 
 
 

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 44

Week 482

Month 1102

All 60581

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus