10 JANUARI 2024 | (RABU) - KUNJUNG HORMAT JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM) NEGERI TERENGGANU
Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah Kuala Nerus telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Marlini binti Sahul Hamid (Pengarah Jab. Perangkaan Neg. Terengganu) bersama Pegawai-Pegawai bagi menyampaikan maklumat berkaitan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diselaraskan oleh pihak Jab. Perangkaan Malaysia (DOSM).
Turut hadir juga Puan Hajah Siti Mariam binti Hamid (Ketua Penolong Pentadbir Tanah) dan En. Mohd Hanaffi bin Samsudin (Ketua Penolong Pegawai Daerah) serta pegawai-pegawai daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus. Pengarah DOSM Terengganu juga turut menyampaikan taklimat kepada semua Pegawai & kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus berkaitan PADU, seterusnya memberi tunjuk ajar bagi mengisi maklumat dalam sistem PADU.
Terima kasih diucapkan kepada Pengarah serta Pegawai-Pegawai daripada Jab. Perangkaan Negeri Terengganu diatas kunjungan hormat tersebut.
![](/images/2024/418425750_760218866138630_8566345332467105385_n.jpg)
![](/images/2024/417570088_760219346138582_3914670146805130981_n.jpg)
![](/images/2024/418427067_760219759471874_4779296974016005175_n.jpg)
![](/images/2024/418997336_760220052805178_2414586886661981737_n.jpg)
![](/images/2024/418954004_760220119471838_139525487659986634_n.jpg)
![](/images/2024/418199920_760220372805146_1984877899710941357_n.jpg)