Berita

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
𝟵 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦) | 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗪𝗔𝗧𝗛𝗜𝗤𝗨 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛, 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦
 
Pelancaran Bulan Integriti Nasional tahun 2023 Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Azizi Bin Zulkifli, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Kuala Nerus sebagai sokongan kepada Sambutan Bulan Integriti Nasional tahun 2023 pada 5 November setiap tahun.
 
Bersempena Bulan Integriti Nasional Tahun 2023 Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, Program Bicara Integriti telah diadakan bertempat di Dewan Cenderawasih Pejabat Daerah Kuala Nerus. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Norhidayah Binti Md Nor, Pegawai Penyelidikan dan Perundingan SPRM Terengganu.
 
Program ini diadakan sebagai sokongan kepada manifestasi usaha untuk menzahirkan komitmen PDTKN dalam membudayakan nilai-nilai tadbir urus, integriti dan anti rasuah dalam kalangan warga kerja Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus.
 
Semoga program ini dapat memberi manfaat dan impak positif kepada semua warga kerja Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus supaya dapat mengamalkan budaya integriti bukan sahaja di tempat kerja malah dalam kehidupan seharian.
 
"Integriti Citra Malaysia Madani"
 

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 40

Week 478

Month 1098

All 60577

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus