Berita

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
𝟭𝟴 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗪𝗔𝗧𝗛𝗜𝗤𝗨 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛, 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦, 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨.
 
KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, Terengganu.
Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku disambut oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Haji Hishamuddin Bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus serta Tuan Haji Ahmad Azizi Bin Zulkifli, Pegawai Daerah Kuala Nerus bersama isteri.
 
KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan melawat Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus serta Galeri Pameran Pembangunan Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, Terengganu.
KDYMM Sultan Terengganu juga telah berkenan merasmikan Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus dan Dewan Perdana yang diberi nama baru iaitu Dewan Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku.
 
 
      
 
      
 
      
 
 
 
 

 

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 29

Week 467

Month 1087

All 60566

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus