Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Daerah Kuala Nerus muncul juara keseluruhan Sukan Terengganu (Sutera) 2021 dengan merangkul 26 pingat emas, 10 perak dan 16 gangsa manakala naib juara dimenangi Daerah Kuala Terengganu dengan 20 emas, 9 perak dan 19 gangsa.
Sebanyak 13 jenis sukan dipertandingkan pada Sutera kali ini membabitkan tujuh sukan wajib manakala selebihnya sukan pilihan yang melibatkan 84 acara dengan menawarkan 284 pingat keseluruhan.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 24 Mei lalu di Dewan Perdana, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus . Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya.
"Pelaksanaan Sutera ini adalah kejohanan sukan patuh syariah pertama di negara ini, pelaksanaan patuh syariah yang dilaksanakan dalam kejohanan ini bukan sahaja melibatkan aspek pemakaian, tetapi merangkumi pengurusan acara dan masa kejohanan, pengurusan pasukan, pergaulan dan integriti.
Sutera edisi kedua yang sepatutnya berlangsung tahun lalu secara dwitahunan itu memilih Daerah Kuala Nerus sebagai tuan rumah bermula 24 hingga 28 Mei 2022 melibatkan 14 venue sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dengan penyertaan seramai 2244 atlet membabitkan lapan daerah.

 

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 67

Week 67

Month 264

All 12221

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2022 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus