𝟭𝟱 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗥𝗔𝗕𝗨) | 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 (𝗝𝗣𝗞𝗞) 𝟮𝟬𝟮𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦
Taklimat Bencana Banjir Bersama JPKK 2023/2024 Daerah Kuala Nerus telah diadakan di Dewan Serindit, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus yang dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah Kuala Nerus merangkap Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah Kuala Nerus.
Taklimat ini disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu. Seramai 450 orang mewakili 110 JPKK, 18 buah sekolah yang terlibat sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Wakil ADUN telah dijemput hadir bagi mendengar sesi taklimat berkaitan pengurusan bencana banjir daerah Kuala Nerus.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam taklimat tersebut.



