𝟭𝟭 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗖𝗔𝗥 𝗙𝗥𝗘𝗘 𝗛𝗢𝗨𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯
Program Kuala Nerus Car Free Hour (KNCFH) Kali Pertama Tahun 2023 telah diadakan di Taman Tasik, Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus yang dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah Kuala Nerus dan Pegawai-Pegawai PDTKN wakil-wakil jabatan serta penduduk- penduduk sekitar Kuala Nerus. Turut dijemput persembahan daripada Pasukan Band Kebudayaan bagi mengiringi program KNCFH.
Program ini adalah salah satu usaha bagi mengurangkan pencemaran udara disamping meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar, juga menggalakkan kita semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Antara aktiviti KNCFH yang diadakan adalah senamrobik, berbasikal (Fun Ride) berjalan kaki (Fun Walk / Fun Run) serta pameran/pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan semua yang hadir dalam menjayakan Program Kuala Nerus Car Free Hour.





