LATAR BELAKANG PDTKN Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 03 Januari 2016 00:00

Kuala Nerus merupakan daerah baru yang terletak di Terengganu. Sebelum ini, Kuala Nerus berada di bawah Pentadbiran Daerah Kuala Terengganu dan merupakan daerah yang ke lapan di Negeri Terengganu. Daerah ini telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 18 September 2014. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 39,890 hektar (98,570 ekar) dengan anggaran jumlah penduduk seramai 200,000 orang.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus telah beroperasi pada 1 Januari 2015 dan telah ditempatkan sementara di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. Pentadbiran ini diterajui oleh Tuan Haji Azmi bin Razik yang merupakan Pegawai Daerah/ Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus yang pertama.

Majlis Peletakan Batu Asas Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus di Kampung Baroh Tok Jiring, Kuala Nerus telah disempurnakan pada 09 Mei 2015 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus telah diisytiharkan sebagai Bandar Al-Wathiqu Billah oleh Sultan Terengganu sempena Ulang Tahun ke 53 Keputeraan Sultan Terengganu.

Pembangunan Bandar Al-Watiqu Billah yang menjadi pusat pentadbiran dan komersil Daerah Kuala Nerus seluas 187 hektar akan bermula pada tahun ini dengan kos RM600 juta dan akan siap dalam tempoh lima tahun. Kini Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus beroperasi di pejabat sementara yang beralamat di Lot 54998-55003, Jalan Tengku Mohamad, 21200 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman

 

 

TAPAK PENTADBIRAN KUALA NERUS

 

PELAN SUSUN ATUR PUSAT PENTADBIRAN DAERAH KUALA NERUS

DiKemaskini Pada Ahad, 21 Agustus 2016 10:46
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3297 kali.