Print

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

14 Jan 2016 - Sambutan Maulidur Rasul, Kuala Nerus Berselawat peringkat Kuala Nerus telah diadakan di Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus. Majlis anjuran Pejabat Daerah Kuala Nerus ini melibatkan  penceramah Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al-Idrus dan dimeriahkan oleh Qasidah jemputan iaitu kumpulan Soultul Muhibbin. Program yang sangat bermanfaat ini ternyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk Kuala Nerus yang hadir memenuhi masjid untuk turut serta berjemaah serta megikuti program ceramah dan selawat. Diharapkan program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan ummat yang cintakan agama dan rasul.