Pantai Tok Jembal Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 15 Februari 2016 12:47

Salah satu antara deretan pantai yang menyusuri negeri Terengganu. Pantai ini merupakan pantai yang bersebelahan dengan pantai Mengabang Telipok yang juga terletak di daerah Kuala Terengganu. Pantai ini lebih dekat kedudukannya dengan Intitut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman (UDM). Tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan juga pengunjung luar untuk beriadah disini

Aktiviti yang biasa dijalankan disini ialah berkelah, memancing dan bermain kuda. Untuk pengetahuan umum pantai merupakan antara pantai yang terkenal dalam aktiviti memancing. Ramai pemancing menghabiskan masa petang meraka dengan memancing di sini. Dan pantai ini juga pernah dijadikan lokasi kejohanan memancing. Tapak permainan untuk kanak-kanak juga disediakan bagi mereka yang ingin membawa anak-anak mereka bermain di pantai ini

Untuk ke sini, cari arah ke Seberang Takir/ Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu atau Universiti Darul Iman.  Ini adalah kawasan pesisir pantai yang panjang.  Jangan risau… terus memandu disekitar perkampungan dan nikmati pemandangan yang memukau. Kawasan di sini memang terkenal dengan beberapa lokasi makan-makan pelancong popular seperti Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209, ICT Warung Pok Long, Pantai Teluk Ketapang atau ICT Warung Pok Nong di Mengabang Telipot.

Pantai Tok Jembal – lokasi pendaratan bot-bot nelayan penduduk tempatan

Pesisir pantai telah dibina benteng hakisan ombak.

Mesti cuba sotong goreng tepung.

Seekor ikan segar yang dicelup tepung

Salah satu antara deretan pantai yang menyusuri negeri Terengganu. Pantai ini merupakan pantai yang bersebelahan dengan pantai Mengabang Telipok yang juga terletak di daerah Kuala Terengganu. Pantai ini lebih dekat kedudukannya dengan Intitut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman (UDM). Tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan juga pengunjung luar untuk beriadah disini. - See more at: http://jomterengganu.blogspot.my/2010/04/jom-lawat-pantai-tok-jembal.html#sthash.tIhHOSAx.dpuf

DiKemaskini Pada Isnin, 29 Agustus 2016 11:25
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1602 kali.