Print

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Kursus Team Building Pejabat Tanah Kuala Nerus 2022 telah berjaya diadakan selama 3 hari bermula 5 hingga 7 Oktober 2022 di Mimpi Perhentian Resort, Besut.
 
Team Building atau Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana peserta dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di antara peserta untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu ianya dapat menguji tahap semangat berpasukan dan mewujudkan sifat hormat menghormati dan saling bantu membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menyelesaikan misi dengan bersemangat. Foto selanjutnya sila ke Galeri Foto.