Karnival Pantai Terengganu 2019 Cetak
Oleh pdkn   
Ahad, 22 September 2019 16:15

19 September 2019 (Khamis) - Karnival Pantai Terengganu 2019 telah berlangsung pada 12- 16 September 2019 Masa 9.00am - 11.00pm bertempat di Pantai Batu Burok Terengganu . Program tahunan anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah disambut meriah oleh pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negeri yang turut datang ke negeri Terengganu. Antara aktiviti di Pejabat Daerah Kuala Nerus seperti pameran ikan laga, Demonstarsi keropok lekor, Demonstari jemur ikan kering dan keropok antara permainan di dilangsungkan seperti permainan dam aji, tinting bulu yam, lempar tin dengan selipar dan acara menangkap itik dihiburkan juga seperti persembahan dikir barat, persembahan silat, tarian dan busking.

Acara mengacau bubur asyura juga tidak ketinggalan pada hari terakhir program Karnival Pantai.

Program tersebut bertemakan 'Tradisi Diwarisi' menyajikan pelbagai pengisian antaranya bangsal-bangsal tradisi, Malam Kesenian Islam, Pertandingan Keris dan Senjata Lama, Bicara Santai Artis Hijrah, Demonstrasi Makanan Tradisional Daerah, Sukaneka Rakyat di samping pameran jabatan dan agensi jabatan kerajaan serta jualan usahawan tempatan.

 

DiKemaskini Pada Ahad, 22 September 2019 16:53
Jumlah Capaian Ke Laman ini :88 kali.