Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
Program Quran Hour PDTKN telah berlangsung dengan membawa misi surah ALMULK. Penghayatan terhadap tiga motivasi diri yang terkandung dalam Surah al-Mulk dapat menyuntik motivasi diri kita agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan.
Melalui enam persoalan dan enam jawapan dalam Surah al-Mulk juga berupaya menjadi inspirasi dan pemangkin semangat bagi masyarakat Islam untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Program ini juga diserikan lagi dengan tazkirah mingguan yang disampaikan oleh Ustaz Halim.