Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
" Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju "
Fungsi Dan Dasar Kualiti

FUNGSI PEJABAT DAERAH KUALA NERUS

Peranan utama Pejabat Daerah Kuala Nerus (PDTKN) Secara dasarnya PDTKN ditubuh dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang dipayungnya. Rakyat yang merupakan satu entiti pelanggan yang penting berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PDTKN melauli perancangan ,pelaksanaan , pentadbiran dan pengalaman aktiviti-aktiviti yang telah digariskan, sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran.

ANTARA LAIN FUNGSI PDTKN ADALAH:-

  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan peringkat daerah.
  • Merancang program pembangunan ekonomi, sosial dan spiritual
  • Menyelaras dan melaksana aktiviti keselamatan, perpaduan dan kerohanian
  • Memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran daerah

FUNGSI PEJABAT TANAH KUALA NERUS

Peranan utama Pejabat Tanah Kuala Nerus adalah menerima dan memproses permohonan berkaitan tanah daripada orang awam, agensi kerajaan dan swasta. Seterusnya akan memaklumkan keputusan terhadap permohonan tersebut kepada pemohon. Pejabat Tanah Kuala Nerus juga menjalankan fungsi pendaftaran
hakmilik dan urusan tanah.

TUGAS-TUGAS :-
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Melahirkan satu sistem pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia yang cekap, berkualiti dan bertanggungjawab yang berterusan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan pengurusan kewangan jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berhemah mengikut prosedur dan peraturan.

Bahagian Penguatkuasaan Dan Teknikal

Mengurus,memantau dan memastikan seksyen-seksyen dibawah Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkaitan dengannya dipatuhi.

Bahagian Pelupusan Tanah

Menguruskan pelupusan tanah samada dalam kawasan mukim, pekan atau bandar melalui pemberimilikan tanah secara terancang atau tidak terancang berdasarkan peruntukan seksyen 76 dan seksyen 65 Kanun Tanah Negara, Perizaban di bawah seksyen 62 dan pemberimilikan di bawah Akta GSA 1960.

Bahagian Pendaftaran

Mengurus Pendaftaran Hakmilik, Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.

Bahagian Pembangunan Tanah

Mengurus prosedur memproses semua urusan pembangunan tanah supaya dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Teknologi Maklumat

Menguruskan kemudahan teknologi maklumat dari segi peralatan, perisian, sistem dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kakitangan dan juga menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pengguna akhir (end-user) yang terdiri dari pegawai dan kakitangan dari segi penggunaan perisian dan komputer serta penyelenggaraan peralatan dan rangkaian.

Bahagian Hasil

Mengurus dan menyelaras pungutan hasil tanah secara cekap, teratur dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bahagian Perundangan

Mengurus dan menyelaras kaedah-kaedah perundangan tanah secara cekap
dan berkesan.

DASAR KUALITI DAERAH DAN TANAH KUALA NERUS

Pihak pengurusan adalah berkomited untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan kecekapan proses-proses utama dalam Pembangunan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah. Pihak pengurusan juga akan mempastikan bahawa sistem pengurusan kualiti pentadbiran tanah akan diterangkan untuk fahaman semua dalam organisasi dan sentiasa disemak semula kesesuaiannya. Selain itu,pihak pengurusan akan menyediakan rangka kerja bagi mewujud dan menyemak semula objektif-objektif kualiti organisasi.

DiKemaskini Pada Selasa, 12 Januari 2016 11:42
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1895 kali.
 
Alamat Untuk DiHubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA NERUS
Lot 54998-55003, Jalan Tengku Mohamad, 21200 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL PDTKN : +609-6664000
FAX PDTKN:+609-6624000
E-Mail E-mail PDTKN :
ptkn@terengganu.gov.my
pdkn@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
Info
Kaunter Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Permohonan Tanah dan LMS
Kaunter Penyaksian
(Fungsi di atas dalam proses pembangunan, kesulitan amat dikesali)
Hakcipta Terpelihara © 2015-2016 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Galeri
Di kemaskini Pada :
Ahad 07 Mei 2017, 22:34
Jumlah Pelawat :
290129
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFlickrTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday48
mod_vvisit_counterYesterday59
mod_vvisit_counterThis week375
mod_vvisit_counterLast week562
mod_vvisit_counterThis month1884
mod_vvisit_counterLast month2107
mod_vvisit_counterAll days290129

QR Kod PDTKN :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

t shirt printing machine eco solvent printer Flatbed Printer UV Flatbed Printer UV Printer