MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS 1441H/2019M |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh pdkn |
Rabu, 18 Desember 2019 09:35 |
KUALA NERUS – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus 1441H/2019M telah diadakan di Masjid Kampung Tok Jembal , Kuala Nerus, Terengganu bertarikh 10 Disember 2019 (Selasa) jam 6.00 petang dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Urusetia Penerangan Darul iman (UPDI) dan Jabatan-jabatan lain yang terlibat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr, Haji Alias Bin Razak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Keputusan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Nerus johan tilawah bagi kategori lelaki adalah Muhamamad Nafizul bin Muhammad Khairi manakala kategori wanita johan dimenangi oleh Azlina binti Ibrahim masing-masing telah membawa pulang wang tunai sebanyak 2,000.00 serta piala pusingan. Tilawah Al-Quran ini diharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai pendirian teguh dan berakhlak mulia melalui penghayatan isi kandungan Al-Quran dalam kalangan para mahasiswa/i IPTA/IPTS serta masyarakat awam.
Diharapkan dapat memupuk minat dalam bidang tilawah Al-Quran di samping melahirkan individu yang berkebolehan untuk bertilawah dalam kalangan mahasiswa serta orang awam, justeru dapat melahirkan lebih ramai Qari dan Qari’ah muda di negara ini. Di samping itu, semoga dengan berlangsungnya program Pertandingan Tilawah Al-Quran ini, ia dapat merapatkan ukhwah serta kerjasama dalam kalangan peserta di Universiti-universiti tempatan dan juga peserta dari kalangan orang awam serta menyemai semangat dan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan komuniti masyarakat negara ini. Program yang sangat manfaat ini ternyata mendapat sambutan memberangsangkan.Diharapkan program seperti ini diteruskan lagi pada masa yang akan datang bagi.
|
DiKemaskini Pada Rabu, 18 Desember 2019 10:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :350 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Galeri |
Di kemaskini Pada : |
Isnin 23 November 2020, 10:19
|
Jumlah Pelawat : | 393019 | (Statistik Penuh) |
|