User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

 

Program suntikan vaksin PPV outreach bagi penggiat industri pelancongan Pulau Redang bermula pagi ini, seramai 517 penggiat industri yang terdiri daripada pengusaha hotel dan resort, pekerja hotel dan pemandu bot, bertempat di PPV Outreach SK Pulau Redang. Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, En. Fadli Yusof bin Zakaria dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, En Ahmad Faris Abdul Razak. Menerusi program PPV Outreach Pulau Redang ini, seramai 1,200 penduduk dan penggiat industri menerima suntikan vaksin dos pertama dan ianya dijangka selesai (dos kedua) pada akhir Ogos ini. Ia merupakan inisiatif yang dilakukan Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah Kuala Nerus dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan Unisza sebagai persediaan sektor terbabit dalam merancakkan gelembung Pelancongan domestik dengan selamat. Dalam program tersebut, pengarah jabatan turut menyantuni petugas barisan hadapan yang terlibat dengan pemberian cenderahati sebagai tanda kenangan.

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu

"Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju"


Penafian: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 20

Week 337

Month 2213

All 51286

FOLLOW US ON FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus