SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS |
Berita - Berita Umum |
Isnin, 09 July 2018 11:59 |
KUALA NERUS – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Peringkat Daerah Kuala nerus telah diadakan pada 26 Jun 2018 (Selasa) bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Sambutan Hari raya pada tahun ini melibatkan Agensi Kerajaan Daerah Kuala Nerus. Pengujung mula membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak seawal jam 10.30 pagi sehingga jam 2.00 petang. Diantara pengisian pada majlis tersebut ialah persembahan artis-artis dari Sutra dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Majlis ini turut dihiasi lagi dengan pertandingan gerai tercantik antara jabatan yang terlibat. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan gerai tercantik oleh YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
|
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Galeri |
Di kemaskini Pada : |
Rabu 23 Januari 2019, 16:21
|
Jumlah Pelawat : | 332038 | (Statistik Penuh) |
|