KUALA NERUS - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kuala Nerus 1441H/2019M yang diadakan di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerusl pada 23 November 2019 (Sabtu) bermula jam 7.00 Pagi. Pasukan Perarakan Mengambil tempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama' Haji Abbas Kuala Nerus dan selesai perarakan di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu jarak perarakan sepanjang 3km. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kuala Nerus 1441H/2019M Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr Haji Alias Bin Razak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Majlis Anjuran Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus ini melibatkan penceramah Yang Berbahagia Ustaz Azmi Bin Tengah Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Persembahan Selawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kuala Nerus dan Persembahan Nasyid
Tahniah kepada pasukan yang telah menjuarai perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kuala Nerus 1441H/2019M. Johan pasukan Mpkk Pondok lalang, Naib Johan Mpkk Serdang Baru dan tempat ketiga Mpkk Bukit Tunggal.. Program yang sangat bermanfaat ini ternyata mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Diharapkan program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan ummat yang cintakan agama dan rasul.