Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
" Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju "
Pantai Batu Rakit PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Ahad, 21 Februari 2016 10:21

Pantai Batu Rakit terletak di utara daerah Kuala Nerus, iaitu kira-kira 30 km dari bandar Kuala Terengganu atau lebih kurang 20 minit pemanduan. Pantai ini mendapat namanya kerana terdapat batuan di tengah laut yang dilihat orang seumpama rakit memandangkan pada waktu air pasang ia tetap kelihatan dan seolah-olah timbul. Pantai dan perkampungan ini sememangnya terkenal dengan perkampungan nelayan dan kerana itulah ia memang terkenal dengan makanan yang berasaskan laut terutamanya ICT(panggilan penduduk Terengganu) iaitu Ikan Celup Tepung tetapi bukan sahaja ikan tempura aje yang terdapat di sini, keropok, sotong, udang, pari, pisang, cendawan, dan sebagainya. Jadi jika singgah ke sini jangan lupa untuk menikmati makanan celup tepung yang sememangnya segar dan rangup .

Pantai Batu Rakit mempunyai panorama menarik, sangat cantik dan mendamaikan. Di sini juga banyak rumah homestay yang mengenakan harga berpatutan. Pantainya menghadap Laut China Selatan, menyebabkannya lebih luas dan lebar, berbanding di sebelah pantai barat yang agak sempit kerana terhalang oleh Selat Melaka.

Di kawasan pesisir pantai cantik dihiasi dengan beberapa perahu nelayan dan dikelilingi pula dengan pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai. Semasa kami singgah di pantai ini, ramai kanak-kanak yang sedang bermain-main di tepi pantai. Anak-anak saya yang paling gembira sekali semasa singgah di sini. Dan buat kali pertamanya, mereka dapat mengenal obor-obor yang banyak terdampar di tepi pantai ini. Mungkin obor-obor in di bawa oleh pukulan ombak dari tengah lautan dan sehingga sampai ke pantai ini. Suasana di pantai ini nampak semulajadi dan tiada pencemaran yang teruk berlaku serta pantainya juga turut bersih.


Asal usul nama Batu Rakit kerana batuan ni yang berbentuk rakit


Pemandangan indah di sekitar Pantai Batu Rakit





DiKemaskini Pada Selasa, 23 Februari 2016 15:07
Jumlah Capaian Ke Laman ini :652 kali.
 
Alamat Untuk DiHubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA NERUS
Lot 54998-55003, Jalan Tengku Mohamad, 21200 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL PDTKN : +609-6664000
FAX PDTKN:+609-6624000
E-Mail E-mail PDTKN :
ptkn@terengganu.gov.my
pdkn@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
Info
Kaunter Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Permohonan Tanah dan LMS
Kaunter Penyaksian
(Fungsi di atas dalam proses pembangunan, kesulitan amat dikesali)
Hakcipta Terpelihara © 2015-2016 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Galeri
Di kemaskini Pada :
Ahad 07 Mei 2017, 22:34
Jumlah Pelawat :
295642
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFlickrTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday16
mod_vvisit_counterYesterday54
mod_vvisit_counterThis week161
mod_vvisit_counterLast week439
mod_vvisit_counterThis month1378
mod_vvisit_counterLast month1992
mod_vvisit_counterAll days295642

QR Kod PDTKN :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

t shirt printing machine eco solvent printer Flatbed Printer UV Flatbed Printer UV Printer