Pantai Teluk Ketapang |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Isnin, 15 Februari 2016 11:57 |
Pantai Teluk Ketapang yang terletak di Kampung Teluk Ketapang merupakan salah satu pantai yang menjadi tarikan utama pelancong di Kuala Nerus. Pantai ni terletak di kampung Seberang Takir, Kuala Nerus. Seberang Takir sememangnya sinonim dengan homestaynya, selain terkenal dengan tempat makan seperti 'air buah gelas besar' dan keropok lekor, ia merupakan salah satu perkampungan yang unik.
Kampung Teluk Ketapang cuma terletak 0.5 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang merupakan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Juga terdapat berhampiran kampung ini ialah sebuah stadium kebanggaan rakyat negeri Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan, stadium tertutup dan beberapa gelanggang sukan terbuka. Di sini juga terletak sebuah kem tentera dan Institut Pengajian Tinggi(IPT). Jika ke sini tidak sah rasanya jika tidak singgah ke pantai Teluk Ketapang. Pada waktu petang pantai ni memang sentiasa penuh dengan pengunjungnya untuk melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. Pengunjung yang datang ke sini boleh mengikuti aktiviti menunggang kuda, memancing dan bermain layang-layang. Selain dari taman permainan, pondok rehat juga banyak disediakan untuk kemudahan pengunjung berehat & berkelah bersama keluarga. Selain keindahan pantai ini, pengunjung boleh menikmati ’sotong celup tepung’ yang popular di kawasan ini. Kemudahan rumah penginapan juga disediakan dengan kadar berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di kawasan pantai ini. ![]() Papan tanda Pantai Teluk Ketapang
![]() Wakaf yang disediakan untuk berehat
Pantai yang ditambak dengan batu, menjadi tempat kesukaan kaki pancing
Kiri kanan jalan pantai yang ditanam pokok rhu mengindahkan pemandangan
Ikan celup tepung, makanan popular yang menjadi kegemaran pengunjung
Selain dari taman permainan, pondok rehat juga banyak disediakan untuk kemudahan pengunjung berehat & berkelah bersama keluarga. Selain keindahan pantai ini, pengunjung boleh menikmati ’sotong celup tepung’ yang popular di kawasan ini. Kemudahan rumah penginapan juga disediakan dengan kadar berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di kawasan pantai ini.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu Pantai Teluk Ketapang merupakan salah satu pantai yang menjadi tarikan utama pelancong di Kuala Terengganu. Pantai yang terletak kira-kira 4 km dari Kampung Wakaf Tembesu dan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan luar kerana keadaan pantainya yang cantik dan bersih. Pengunjung yang datang ke sini boleh mengikuti aktiviti menunggang kuda, memancing dan bermain layang-layang.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu |
DiKemaskini Pada Selasa, 23 Februari 2016 11:21
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1619 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Galeri |
Di kemaskini Pada : |
Isnin 23 November 2020, 10:19
|
Jumlah Pelawat : | 393031 | (Statistik Penuh) |
|