Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
" Seiring Transformasi, Kuala Nerus Menuju Maju "
Pulau Redang PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Isnin, 01 Februari 2016 14:39
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Masa terbaik untuk ke Pulau Redang ialah dari bulan April hingga Oktober.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu.  Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Masa terbaik untuk ke Pulau Redang ialah dari bulan April hingga Oktober.

 

 

Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas (tanda paras air di pantai) air surut terendah dengan tujuan melindungi dan memelihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.

 

Taman Laut Pulau Redang terdiri dari sembilan buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Pinang, Pulau Ling, Pulau Lima, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil. Dari sembilan buah pulau ini, Pulau Redang ialah pulau yang terbesar.

 

Taman Laut Pulau Redang bukan sahaja dianugerahkan keindahan alam semulajadi, malah pelbagai kemudahan turut disediakan untuk pengunjung seperti bilik mandi, tandas dan tempat berkelah.
Taman Laut Pulau Redang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti snorkel, selam skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, merentas denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan mengambil gambar di darat dan dasar laut.

Aktiviti snorkel dan selam skuba ialah cara terbaik untuk memerhati dan menikmati terumbu batu karang di Pulau Redang. Kawasan perairan di Taman laut Pulau Redang ini nerupakan salah satu tempat menyelam yang paling menarik dan menakjubkan. Jarak penglihatan adalah sangat baik hampir sepanjang tahun. Peralatan untuk aktiviti ini boleh disewa dari kedai berhampiran. Taman Laut Pulau Redang yang di bawah jagaan Jabatan Taman Laut Malaysia ialah kawasan yang dilindungi. Ini bertujuan untuk melindungi dan memelihara kehidupan laut untuk generasi akan datang. Pelancong yang berkunjung ke sini tidak dibenarkan membawa keluar semua jenis hidupan laut dari Taman Laut Pulau Redang ini.

Taman Laut Pulau Redang yang di bawah jagaan Jabatan Taman Laut Malaysia ialah kawasan yang dilindungi. Ini bertujuan untuk melindungi dan memelihara kehidupan laut untuk generasi akan datang. Pelancong yang berkunjung ke sini tidak dibenarkan membawa keluar semua jenis hidupan laut dari Taman Laut Pulau Redang ini. Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang. Pulau Redang juga mempunyai dua buah pantai yang cantik iaitu Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil. Di Pantai Teluk Dalam Kecil ini ialah lokasi Berjaya Redang Beach Resort, sebuah hotel bertaraf lima bintang.  Pelancong yang gemarkan aktiviti pengembaraan boleh menyewa bot dengan kadar harga yang berpatutan untuk lawatan ke pulau-pulau berhampiran. Anda boleh melihat pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar pulau. Anda juga boleh mengembara dengan berjalan kaki sambil memerhati burung, melihat penyu dan tumbuh-tumbuhan

Di kawasan Taman Laut Pulau Redang iaitu di Pulau Pinang, pengunjung boleh mendapatkan segala bantuan dan maklumat yang anda perlu untuk menjadikan percutian anda suatu pengalaman menyeronokkan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Pulau Redang juga mempunyai dua buah pantai yang cantik iaitu Pantai Pasir Panjang dan Pantai Teluk Dalam Kecil. Di Pantai Teluk Dalam Kecil ini ialah lokasi Berjaya Redang Beach Resort, sebuah hotel bertaraf lima bintang.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Di kawasan Taman Laut Pulau Redang iaitu di Pulau Pinang, pengunjung boleh mendapatkan segala bantuan dan maklumat yang anda perlu untuk menjadikan percutian anda suatu pengalaman menyeronokkan. Maklumat yang disediakan ialah dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah. Anda akan mendapat informasi berguna terutama mengenai denai-denai dan kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di pulau ini.

PENGINAPAN

Untuk tempat penginapan, anda boleh menginap di Pulau Redang atau di tanah besar di sekitar Kuala Nerus atau Merang. Antara hotel yang terdapat di Pulau Redang ialah Laguna Redang Resort dan Berjaya Redang Resort.

LAGUNA REDANG RESORT

 

BERJAYA REDANG RESORT

 

BAGAIMANA UNTUK KE PULAU REDANG

Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga boleh menaiki penerbangan terus ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga boleh menaiki penerbangan terus ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.

Jeti Shahbandar                                                                                                                                Redang Airport

Untuk tempat penginapan, anda boleh menginap di Pulau Redang atau di tanah besar di sekitar Kuala Terengganu atau Merang. Sila rujuk di sini. Antara hotel yang terdapat di Pulau Redang ialah Laguna Redang Resort dan Berjaya Redang Resort.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Maklumat yang disediakan ialah dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah. Anda akan mendapat informasi berguna terutama mengenai denai-denai dan kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di pulau ini.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893

Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu No. 16,
Blok B, Bestari Centre Jalan Hiliran,
Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6312062 Faks: 09-6227266

Pusat Taman Laut Pulau Redang Pulau Redang,
21080 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Laman Web: Jabatan Taman Laut Malaysia
Emel: Alamat e-mail ini diproteksi dari spambot, silahkan aktifkan Javascript untuk melihatnya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DiKemaskini Pada Selasa, 23 Februari 2016 16:51
Jumlah Capaian Ke Laman ini :489 kali.
 
Alamat Untuk DiHubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA NERUS
Lot 54998-55003, Jalan Tengku Mohamad, 21200 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL PDTKN : +609-6664000
FAX PDTKN:+609-6624000
E-Mail E-mail PDTKN :
ptkn@terengganu.gov.my
pdkn@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
Info
Kaunter Perkhidmatan
Pejabat Daerah Dan Tanah
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Permohonan Tanah dan LMS
Kaunter Penyaksian
(Fungsi di atas dalam proses pembangunan, kesulitan amat dikesali)
Hakcipta Terpelihara © 2015-2016 Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Galeri
Di kemaskini Pada :
Ahad 07 Mei 2017, 22:34
Jumlah Pelawat :
298960
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFlickrTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday64
mod_vvisit_counterYesterday50
mod_vvisit_counterThis week295
mod_vvisit_counterLast week407
mod_vvisit_counterThis month1133
mod_vvisit_counterLast month1733
mod_vvisit_counterAll days298960

QR Kod PDTKN :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

t shirt printing machine eco solvent printer Flatbed Printer UV Flatbed Printer UV Printer